Blogger Layouts

Monday 4 June 2012

50 Langkah Bestari Suami Mithali

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalahpasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

(( Perkahwinan di hari JUMAAT ))



- Pernikahan antara Adam & Hawa
- Pernikahan antara Yusof & Zulaikha
- Pernikahan antara Nabi Musa AS & Shafura binti Nabi Syuaib AS
- Pernikahan antara Rasulullah SAW dgn Khadijah Khuwailid
- Pernikahan antara nabi Sulaiman AS dgn Ratu Balqis dari Negeri Saba'
- Pernikahan antara Rasulullah SAW dgn Siti Aisyah binti Abu Bakar
- Pernikahan antara Ali bin Abi Talib RA dgn Fatimah Az-Zahra

Wednesday 30 May 2012

34 Petua Sebelum Kahwin



Bila nak jadi pengantin baru ni banyak petua yang kita kena tahu kan...Petua ni sudah menjadi amalan kita sejak zaman dahulu lagi. bila sudah diamalkan pasti ada hikmah dan kebenarannya kan...


Berikut ialah 34 perkara perlu dielakkan oleh bakal pengantin lelaki dan perempuan..
1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi menggelakkan perut buncit.


2. Elak makan ulam berbau busuk seperti petai, jering dan kerdas.
3. Elak minum air berkarbonat kerana mempunyai gula dan gas yang tinggi.


4. Kurangkan makan makanan manis.
5. Kawal dan kurangkan makan setiap hari.


6. Kurangkan makan makanan laut kerana banyak mengandungi toksid.7. Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu bercampur madu.


8. Minum air halia untuk membuang angin.
9. Elak minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk organ kelamin.


10. Elak minuman keras dan merokok
11. Elak makanan dan minuman bersifat sejuk.


12. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.


13. Jangan makan berulam air bagi mengelakkan perut buncit.


14. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib untuk mengelakkan sihir.
15. Jangan Pandang cermin ketika disolek mak andam untuk elak hilang seri.


16. Jangan membuang alis kerana akan menghilangkan seri pengantin lelaki.
17. Elak daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, bimbang kulit menjadi gelap dan kering.


18. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum diijabkabul.
19. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu, is bertujuan mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang akan membuat wajah pengantin lebih berseri.


20. Elak keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dibimbangi bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
21. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disihir oleh mereka yang ada niat tidak baik.


22. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki.
23. Jangan berembun ayau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.


24. Elak mandi malam kerana tidak baik untuk sendi-sendi.25. Jangan membuang air kecill dan besar serentak dalam air, contohnya dalam sungai kerana boleh melemahkan organ kelamin.


26. Bakal pengantin lelaki elakkan memakai seluar dalam ketat pada waktu malam dan tidur meniarap, is tidak baik untuk organ seks kerana darah tidak mengalir bahagian tersebut.
27. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula melakukan urutan supaya pengantin bertenaga.


28. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
29. Pastikan tidur cukup, iaitu tujuh hingga lapan jam sehari.


30. Banyakan membaca surah-surah tertentu al-Quran bagi mengelakkan gangguan syaitan. sentiasa mengingati Allah.31. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat pasangan supaya rumahtanggan aman damai.


32.Bilik pengantin jangan dikosongkan, mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur didalam badi mengelakkan unsur khianat.33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati orang lain.


34. Kedua bakal pengantin lelaki dan perempuan dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Thursday 12 April 2012

PAKEJ PERKAHWINAN YANG TERMURAH...

Tahun 2012 ini, Rampai Katerer menawarkan pakej perkahwinan yang terbaik untuk anda semua...pakej yang paling mudah RM 6.90/pax (penghantaran + pinggan mangkuk)..
Menu pilihan;
NASI : Nasi Beriani/ Nasi Hujan Panas/ Nasi Minyak/ Nasi Tomato/ Nasi Putih/ Nasi Arab

AYAM : Ayam Goreng Rempah/ Ayam Panggang Rampai/ Rendang Ayam Minang/ Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Ayam Pantai Timur/ Ayam Masak Kurma/ Ayam Masak Merah

DAGING : Daging Dendeng/ Daging Rendang Tok/ Daging Gulai Kawah/ Daging Salai Masak Lemak Cili Api/ Kari Daging/ Daging Masala

ACAR : Jelatah/ Buah/ Rampai/ Pajeri Nenas/ Salad/ Ikan Masin

DALCA Sayur/ Masak Pindang/ Gulai Tempoyak Daun Kayu/ Tempe + Tauhu Goreng/ Sambal Belacan+Ulam

BUAH : Tembikai/ Oren/ Honey Dew/ Betik/ Pisang)

AIR : Mix Fruit/ Fruit Punch

Monday 9 April 2012

FESTIVAL PENGANTIN APRIL 2012..

Sudah tamat Festival Pengantin di PWTC pada 6 April 2012 hingga 8 April 2012...dan Pada 27 April hingga 29 April 2012 Rampai Katerer akan berada di Festival Pengantin, Shah Alam...Nanti kita jumpa di sana yaa....: )

Wednesday 28 March 2012

Rampai.Katerer: Festival Pengantin Malaysia 2012

Rampai.Katerer: Festival Pengantin Malaysia 2012: Kami akan buka booth di Festival Pengantin Malaysia 2012 pada 6 April 2012 hingga 8 April 2012...Pelbagai tawaran hadiah yang kami tawarkan....

Festival Pengantin Malaysia 2012

Kami akan buka booth di Festival Pengantin Malaysia 2012 pada 6 April 2012 hingga 8 April 2012...Pelbagai tawaran hadiah yang kami tawarkan...Datang lah....; )

Thursday 9 February 2012

WANITA YANG HEBAT...

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Salam dan Selamat Pagi Semua...