Blogger Layouts

Wednesday 30 March 2011

Pengenalan kepada syarikat

Setelah beroperasi lebih kurang 10 tahun Al-Ameen EduNiaga Sdn Bhd  semakin berkembang, dan menjadikan  Rampai Katerer sebagai nadi bisnes kami.

Rampai Katerer sedia menerima tempahan makanan bermasak untuk majlis-majlis:

    * Majlis Perkahwinan
    * Majlis Makan Malam Amal
    * Jamuan Korporat
    * Doa Selamat / Tahlil Arwah
    * Jamuan Hari Raya
    * Mesyuarat / Seminar / Kursus
    * Pelbagai majlis lain

Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan set kanopi berserta scallop, kerusi-meja, pinggan mangkuk dan lain-lain yang berkaitan. 

Friday 25 March 2011

PERKAHWINAN SITI DAN FARHAN :)

 PERKAHWINAN SITI DAN FARHAN 
19 & 20 MAC 2011
MALAM MAJLIS BERINAI 
19 MAC 2011

Perkahwinan Siti dan Farhan yang dilangsungkan pada 19 & 20 Mac 2011 .kat sini kami dah upload sedikit  gambar yang kami ingin paparkan pada majlis tersebut. Majlis bermula pada 19 Mac 2011bermula dengan majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid pada sebelah pagi.Dan seterusnya Majlis berinai yang bermula pada jam 8.00 malam.Detik jam 8.00 malam pegantin diarak dengan paluan kompang ke pelamin nan indah....

Nih mase kitaorang tengah buat persiapan untuk majlis makan berinai.Pada malam tersebut menu yang disediakan Nasi Hujan panas,Nasi Putih,Ayam Goreng Berempah,Daging Kurma,Pajeri Nenas,Jelatah,Buah Betik,Air Sirap Limau dan juga Tea o. :)Nanti kami upload gambar lauk lak eh....
Time nh semua nya dah settle.cuma nak menunggu waktu tetamu makan jer..Tengok atas meja tu dah diletakkan ngan kerepek,kek,beserta ngan wajib sekali...kalau x silap kitaorang lah kan...nh macam adat orang johor jer...tapi x tahulah betul ke x kan..kalau salah jangan marah yer :)hihhhihi

 

MAJLIS PERKAHWINAN SITI & FARHAN 
20 MAC 2011


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT 
FARHAN & SITI

SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU 
DARI KAMI :
RAMPAI KATERER :)

Kat sini ,ada lah sedikit gambar yang sempat kami upload sepanjang majlis berlangsung....x sempat ngat nak upload gambar banyak2....Walaupun pada permulaan majlis berlangsung hujan lebat tapi Alhamdulilah x lama kemudian hujan reda...bab kata orang tua dulu2,kalau hari hujan pegantin suke makan budu :)...Tapi x pasti lak pegantin kita nh makan ker x budu....hihhii...jangan marah yer Puan Siti yer....
 Nh lah Pelamin Impian Puan SITI & En.FARHAN...Pelamin nh cantik sangat2.Walaupun nampak macam simple jer tapi Sweet sangat..tambahan lak dihiasi dengan fresh Flower lagi...Nh pelamin untuk majlis sanding tau...bukan untuk majlis malam berinai...nati yang malam berinai kami upload kemudian yer.....

Cantik x kek nh?pink n putih...Sweet kan..nak makan pun syang tau..hihhihi..Kek nh kami bagi percuma jer...Kalau nak kek yang sweet cm nh jangan lupa tempah katering ngan kami yer :)Kat bawah nh ada sedikit sebanyak gambar Walk way ngan meja pegantin ...Tapi mase kitaorang ambik nh pegantin x lalu lagi..hhhiiihih..Nanti kami upload eh...

Ini lah dia meja makan beradap pegantin...Semua bunga kat depan tu Fresh flower tau...Cantik tak :)...
  nh dia tema kami...tapi nh x termasuk semua lagi...nh semua muka yang suker2 bergambar jer...muka fotogenik lah katakan..hihihihihi...Gurau jer yer...nh lah team kami yang banyak bertungkus lumus dalam menjayakan majlis tersebut..Walaupun penat tapi bab2 posing mantap beb.
Akhirnya sempat juga kami berposing kat pelamin idaman bersama ngan pengantin.Terima kasih buat pengantin yer sebab sudi luangkan mase untuk ambik gambar bersama kami..Al maklumlah kan ..raja sehari mesti letihkan nak melayan ramai tetamu nh...nanti kami upload lagi gambar yer.... lepas nh janganlupa follow blog kami yer....! Tata....:)

Wednesday 23 March 2011

Rampai Katerer




Rampai Katerer adalah hak milik Al-Ameen Eduniaga Sdn Bhd.

Nama syarikat : AL-AMEEN EDUNIAGA SDN BHD
No. Pendaftaran Syarikat :    315903-T
Tarikh Ditukar status :  15 SEPTEMBER 1994
Alamat Syarikat :    NO. 271-A , JALAN BANDAR 11,
TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR

No.Telefon :  03-41053703 / H/P: 019-2673612, 012-9048337
No.Faks :    03-41067552
Blog:   Rampai.Katerer.Blogspot.com  
Email:  Rampai.Katerer01@gmail.com